“Angry Birds Splash Water World”, Taman Tema Air Mudah Alih Angry Birds Pertama Di Dunia

Sempena cuti sekolah yang bakal menjelma tak lama lagi, apa perancangan ayah dan ibu untuk meluangkan masa bersama anak-anak? Kalau belum ada perancangan apa-apa lagi, apa kata ayah dan ibu bawa anak-anak ke taman tema mudah alih Angry Birds yang terulung di Asia bertempat di Setia Ecohill.

Majlis pelancaran Angry Birds Splash Water World yang bakal dibuka secara rasmi kepada orang ramai mulai hari ini (22 November 2019) diadakan di Setia Ecohill semalam bersama beberapa tetamu kehormat. Taman tema air ini akan dibuka selama dua bulan (hari terakhir 5 Januari 2020).

Majlis Pelancaran Angry Birds Splash Water World di Setia Ecohill

Angry Birds Splash Water World ini ialah sejenis Taman Tema Air Mudah Alih yang bermula di Kuala Lumpur dan akan meneruskan “penjelajahannya” ke seluruh pelosok negara dan Asia selepas 2 bulan di Kuala Lumpur.

Angry Birds Splash Water World

Majlis pelancaran taman tema ini dihadiri oleh Tuan Mohd Akbal bin Setia, Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB); Encik Mohd Hanafi bin Jalalludin, Ali Majlis Perbandaran Kajang dan Encik Magendaran Marimuthu, Setiausaha Kehormat Malaysian Association of Amusement Theme Park & Family Attractions (MAATFA).

Tetamu-tetamu kehormat ini disertai En Alvin Lee, Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production Sdn Bhd dan En Choo Set Yuen, Ketua Bahagian Teknikal SP Setia Bhd.

Angry Birds Splash Water World
Tuan Mohd Akbal bin Setia, Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB)

“Saya gembira dapat menyaksikan kerjasama diantara Rovio Entertainment dan One Universal Production dalam melaksanakan Angry Birds Splash Water World di Setia Ecohill ini. Saya berbesar hati merasmikan taman tema air ini iaitu taman tema air Angry Birds pertama di Asia. Kami berharap tarikan ini dapat dijadikan salah satu usaha untuk menarik pelancong sempena kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020,” ucap Tuan Mohd Akbal bin Setia, Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB).

Angry Birds Splash Water World

Pada majlis pelancaran tersebut juga, media dan pengunjung (beserta kanak-kanak) menyaksikan persembahan tarian bersama watak-watak Angry Birds iaitu Red, Chuck dan Bomb.

Terdapat beberapa jenis permainan gelongsor air Angry Birds dan halangan di “Angry Birds Splash Water World” yang membawa tema watak-watak Angry Birds yang popular termasuk lah Red, Chuck, Bomb, Mighty Eagle dan Terrance. Salah satu permainan gelongsor air yang ada adalah pada ketinggian 12 meter! Semestinya ia adalah suatu tarikan menarik untuk pengunjung kanak-kanak mahupun dewasa.

Penjualan tiket adalah terhad kepada 2,000 sahaja setiap hari bagi memastikan kualiti di taman tema air ini.

Angry Birds Splash Water World

Taman tema air “Angry Birds Splash Water World” ini juga dibuka pada hari-hari yang tertentu sahaja kerana pihak penganjur perlu memastikan keselamatan gelongsor air dan kebersihan air di taman tema tersebut.

Kepada ayah dan ibu yang mana anak-anak meminati Angry Birds ni, jangan berlengah lagi. Musim cuti sekolah nanti pasti ramai yang akan ke taman tema air ini. Jadi, pastikan rancang hari yang terbaik untuk bawa anak-anak kesini ya!

Untuk pembelian tiket atau butiran lanjut, sila ke https://ticket2u.com.my/event/15739.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.