Cara-cara Mendapatkan Lesen Memelihara Haiwan Eksotik

Haiwan eksotik ni selalunya kita kategorikan sebagai haiwan liar, bukan haiwan domestik macam kucing, anjing, arnab, atau haiwan-haiwan yang manja dengan kita. Kat Malaysia ni ramai juga peminat haiwan eksotik, dari Sultan, Menteri, orang-orang yang berpendapatan tinggi dan juga rakyat marhaen macam kita-kita ni, ada je yang pelihara haiwan eksotik tau.

Saya pun ada bela haiwan eksotik juga. Saya ada seekor musang pulut atau sesetengah orang panggil musang pandan yang baru je berumur 4 bulan. Sebenarnya “accident” je bela dia ni.

Baby Luca

Al-kisahnya, mak dia lahirkan dia dan dua adik lain waktu siang dan kitorang ternampak mak dia tengah makan sekor hidup-hidup. Terjerit-jerit kesakitan yang sekor tu kena makan hidup-hidup. Saya nak selamatkan memang tak mampu lah sebab takut (mak dia besar) jadi cuma mampu “kidnap” anak-anak dia yang lagi dua sebelum jadi makanan mak nya jugak. Nak tahu lebih lanjut ceritanya, baca lah kat sini (cerita ni dalam Bahasa Inggeris).

Bagaimana Untuk Mendapatkan Lesen Memelihara Haiwan Eksotik?

Kat Malaysia ni, bukan semua haiwan eksotik yang boleh dipelihara tau. Ada haiwan eksotik yang dikategorikan sebagai “haiwan dilindungi” atau “haiwan terancam”. Jadi sebelum kita rancang nak pelihara satu-satu haiwan eksotik tu, pastikan kita periksa dulu samada boleh dipelihara atau tidak.

Langkah Pertama

Nak senang, rujuk dulu jadual “Peraturan-peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Fi Lesen, Permit dan Permit Khas)” ni. Haa ni jadual rasmi di laman web PERHILITAN sendiri tau bukan main-main.

Periksa dulu kalau ada nama haiwan eksotik yang korang nak pelihara tu. Kalau ada dan boleh dapatkan lesen untuk haiwan tu, haa kita boleh pergi ke Langkah Kedua. Tapi kalau takde, tu maknanya haiwan tersebut dalam kategori “haiwan terancam” dan TIDAK BOLEH SAMA SEKALI diambil dari tempat tinggal atau habitatnya dan TIDAK BOLEH SAMA SEKALI dipelihara manusia.

Salah satu contoh haiwan eksotik yang tidak boleh dipelihara dan tidak dikeluarkan lesen ialah Kucing Batu (Asian Leopard Cat). Jual beli haiwan ini juga diharamkan. Korang kena tahu, kalau korang jumpa anak kucing batu yang dijual di atas talian, itu bermakna sebelum anak kucing batu tu ditangkap, ibunya dibunuh (ditembak) terlebih dahulu. Bayangkan korang kena tembak pastu anak korang kena tangkap dan dijual ke orang lain. Best tak?

Di Malaysia ni ada beberapa haiwan eksotik lain yang tidak boleh dipelihara, dijual atau dikeluarkan lesen oleh Perhilitan. Tapi, kadang-kadang kita jumpa penjual-penjual atas talian yang menjual anak-anak haiwan eksotik ni. Jadi lah manusia yang bertanggungjawab dan laporkan pada Perhilitan kalau ada jumpa penjual-penjual sebegini. Ini kerana mereka membunuh ibu haiwan eksotik tu dulu sebelum menangkap anaknya. Hentikan pembunuhan haiwan eksotik!

Langkah Kedua

Selepas dah pastikan jenis haiwan yang korang nak pelihara tu ada keizinan untuk dipelihara dari PERHILITAN, korang kena buat lesen pemeliharaan dengan Perhilitan supaya tak kena saman.

Ya, PERHILITAN ada hak untuk ke rumah korang dan periksa sekiranya korang ada pelihara haiwan eksotik tanpa lesen – terutamanya kalau ada orang repot pasal korang. Jadi, nak selamat, buat lah lesen ya. Kalau kena saman, melayang duit tu. Rakyat marhaen macam kita-kita ni, banyak benda boleh buat dengan duit saman tu.

Sebelum nak buat lesen, korang kena sediakan dokumen-dokumen ni dulu:

  1. Salinan kad pengenalan atau passport (jika bukan warganera Malaysia)
  2. Resit pembelian haiwan eksotik dari kedai yang mempunyai lesen menjual atau menangkap haiwan eksotik
  3. Cetak borang Permohonan Lesen/ Permit dan isikan ruangan yang sepatutnya
  4. Gambar haiwan eksotik korang yang dicetak di kertas A4 (lebih baik gambar warna)

Lepas dah siap dokumen, korang kena periksa kalau haiwan eksotik yang korang beli tu dah dipakaikan alat penandaan ke belum.

Alat Penandaan

Haa kalau korang beli haiwan eksotik korang ni dari kedai yang ada lesen menjual haiwan eksotik, selalunya mereka dah buat penandaan pada haiwan-haiwan eksotik mereka, melainkan kalau haiwan tu kecil lagi. Jadi, periksa betul-betul kedai yang korang beli atau individu yang jual haiwan eksotik tu ada lesen menjual yang sah.

Alat penandaan ada beberapa jenis dan berbeza untuk spesis haiwan yang berbeza. Jenis-jenis alat penandaan adalah seperti:

  1. Pengimplan alat peranti (microchip) boleh imbas
  2. Peletakan gelung (kolar atau rantai)
  3. Peletakan cecincin (gelang)
  4. Penyucukan tatu

 

Alat Penandaan (microchip).

Saya bela musang pandan dan alat penandaan untuk musang pandan ialah microchip yang akan dimasukkan ke bawah kulit. Jika pihak Perhilitan datang ke rumah saya untuk periksa musang pandan saya, mereka cuma perlu gunakan mesin pengimbas untuk periksa nombor penandaan microchip dalam kulit musang pandan saya dan lihat kalau nombor tu sama dengan yang ada pada lesen yang didaftar.

Kalau haiwan seperti burung kakak tua (Cockatoo) pula, alat penandaannya ialah cecincin pada kakinya.

Jenis alat penandaan yang sesuai untuk haiwan eksotik korang tu boleh korang tanyakan dengan Perhilitan. Telefon pejabat mereka untuk tanyakan lebih lanjut dan belikan alat penandaan yang betul sebelum ke pejabat mereka untuk buat lesen.

Senangkan hidup korang tak payah pergi pejabat dua, tiga kali.

Alamat klinik haiwan dan pusat haiwan yang menjual Alat Penandaan di Selangor

Korang hanya boleh dapatkan alat penandaan tu di klinik haiwan atau pusat haiwan berdaftar dengan Perhilitan negeri saja. Nama dan alamat kedai yang terlibat ada dengan Perhilitan negeri jadi jangan malu bertanya.

Nota kaki: Microchip tidak sesuai dipakaikan ke haiwan yang kurang dari umur 1 tahun.

Selesai semua, bawa lah dokumen-dokumen dan alat penandaan ke pejabat pengeluar lesen Jabatan Perhilitan yang terpilih di negeri korang.

Contoh: saya menetap di Kajang, Selangor dan pejabat pengeluar lesen Jabatan Perhiitan di negeri Selangor terletak di Shah Alam saja.

Perhilitan Shah Alam

Memang kat Kajang ni ada pejabat Perhilitan tapi mereka tak keluarkan lesen pemeliharaan/ memburu/ peniaga dan lain-lain. Jadi, nak tak nak, kena pergi ke pejabat yang tersenarai (seperti dibawah ni) saja:

Perhilitan Negeri

Perhilitan Negeri

Perhilitan Negeri

Perhilitan Negeri

 

Selepas dapat lesen dan pihak Perhilitan dah daftarkan nombor alat penandaan korang tu, boleh lah korang bawa haiwan eksotik korang tu ke klinik haiwan atau pusat haiwan untuk pasang alat penandaan tu (bagi microchip dan tatu).

Langkah Ketiga

Selepas dah dapat lesen pemeliharaan tu, jaga lah haiwan korang baik-baik. Berikan tempat tinggal/tidur yang cukup selesa atau besar mengikut saiz dan jenis spesis. Berikan makanan yang betul supaya tiada komplikasi masalah organ. Paling penting, sentiasa buat penyelidikan atas talian atau membaca cara menjaga haiwan eksotik korang tu.

Baby Luca tidur nyenyak

Selama saya menjaga musang pandan saya ni, ada saya sertai “group” atas talian yang juga memelihara musang pandan. Tapi malang, bukan semua pemilik musang pandan pandai menjaga musang mereka. Contohnya, mereka mandikan musang mereka dengan kerap, ada juga yang mandikan pada waktu malam, sehingga mendatangkan komplikasi seperti paru-paru berair.

Pada masa yang sama saya sentiasa mendapatkan pendapat dari seorang pakar haiwan eksotik dan juga bekas Naib Pengarah Zoo Negara Malaysia cara-cara menjaga musang pandan saya. Salah satu nasihat beliau ialah, JANGAN MANDIKAN MUSANG PANDAN DENGAN KERAP kerana mereka mempunyai kelenjar kulit yang sensitif dan mereka adalah sejenis haiwan sentiasa membersihkan diri mereka.

Sebagai pemilik musang pandang, kalau korang nak juga bersihkan musang korang tu, guna lah berus rambut yang tak tajam sisirnya dan beruslah musang korang hari-hari. Kalau nak bulu musang korang berkilat, letak sedikit “baby oil” pada berus tu dan berus atau sikat bulu musang korang tu hari-hari.

Jadi nasihat saya, cuba cari ilmu dari pakar-pakar haiwan eksotik yang sepatutnya sebelum korang nak pelihara haiwan eksotik ni. Dan kalau korang memang dah ada haiwan eksotik kat rumah tu, tak salah untuk sentiasa belajar tentang haiwan kesayangan korang tu supaya korang dapat berikan persekitaran yang sempurna untuk mereka.

Ingat, haiwan adalah nyawa ciptaan Tuhan dan kalau korang nak pelihara, pastikan korang bertanggungjawab atas nyawa tersebut supaya tiada kifarah atau karma di kemudian hari.

 

70 thoughts on “Cara-cara Mendapatkan Lesen Memelihara Haiwan Eksotik

  • at
    Permalink

    salam bos… nk tnya kos buat lesen musang tu brapa ea? sy dpat ank musang 5 ekor.. mak dy beranak ats syiling umh sy… 2 hari mak dy tngal kn.. tiap2 hari dk bunyi.. mybe mak dy mati kena langor ke ap xtau lah.. sy pn ambk bela la… umor dy sy xpsti la.. mata smua dh blh bukak.. cuma jlan ja xkuat lg… tp sy bagi makan pisang yg lembik dgn air susu smua ok… tiap2 hari berak.. mcm normal la.. skrang tgh survey la igt nk buat lesen n nk bela.

    Reply
    • at
      Permalink

      Wsalam.
      Maaf ya, baru perasan comment ciko. Mula2 sekali, memang pasti mak dia tak datang ya? Sebab selalunya mak nya akan datang ke anak2 dia waktu malam untuk bagi makan/menyusu. Tapi kalau sekarang ciko dah pegang anak2nya, memang maknya takkan datang dah sebab ada bau manusia. Kalau mata dah buka, maknanya dah lebih 14 hari umur mereka tapi, boleh ciko ukur panjang badan mereka? Dari situ boleh agak2 umur mereka.

      Step untuk buat lesen macam ni ya:

      1) Kalau musang tu tak dibeli dari kedai, mula2 kena ambil lesen tangkap dulu di Perhilitan negeri ciko. Lesen tangkap RM10 sahaja. Ini sebagai formaliti sebab ciko tak beli musang tu dari kedai jadi takde resit untuk buat lesen pelihara. Oleh itu, bila nak buat lesen pelihara pula, mesti sertakan lesen tangkap tu sekali.

      2) Lesen pelihara harganya RM10 untuk seekor musang. Kalau ada 5 ekor, maksudnya RM50. Lesen pelihara ni mesti renew setiap tahun.

      3) Untuk pelihara musang, Perhilitan akan suruh ciko beli “tagging”. Untuk musang, jenis “tagging” nya ialah microchip. Satu microchip harganya dalam RM30-RM60 (depends dengan klinik/doktor haiwan). Microchip hanya boleh dibeli di klinik yang diiktiraf Perhilitan (alamat ada dengan Perhilitan). Microchip untuk musang tak sesuai dipasang sebelum umur mereka 1 tahun (dewasa) mengikut nasihat pakar doktor haiwan zoo negara.

      4) Sertakan fotostat IC dan print gambar setiap musang pada kertas A4 (satu ekor satu muka) dan buat bayaran di HQ Perhilitan negeri, dan ciko boleh dapat lesen peihara tu serta merta.

      Ciko memang serious nak pelihara kan? Kalau tak dan ciko rancang nak lepaskan, ada masa tertentu dan cara tertentu untuk buat. Ciko boleh contact saya untuk tahu cara2 tersebut ya. Terima kasih ciko. πŸ™‚

      Reply
      • at
        Permalink

        Mcm mane nk tau lesen kite sah ke x? Sbb buat dgn ajen

        Reply
        • at
          Permalink

          Lesen yang sah ada letterhead PERHILITAN (negeri) printed warna dengan info encik Shah (nama penuh, IC, alamat haiwan dipelihara, dll) dan ada lampiran ID Microchip/tag dan info haiwan belaan tersebut. Kalau lesen tak printed warna, akan ada “chop” pada lesen tersebut “Salinan asal”. Untuk dapatkan kepastian lesen sah atau tidak, better call direct HQ PERHILITAN negeri.

          Reply
    • at
      Permalink

      Salam bella, nak tanya, harimau kita boleh bela tak?

      Reply
      • at
        Permalink

        Wsalam Yann.

        Harimau tidak boleh dibela. Melainkan Yann ada Zoo atau Sanctuary.
        Tapi itu lesennya lain dan ada macam2 procedure contohnya kena ada syarikat, tanah yang luas, keeper dan vet bertauliah dan macam2 kriteria lain yang perlu dipenuhi.

        Reply
    • at
      Permalink

      Itula kalau benda dpt free mana nk dtg resit beli cmne nk buat lesen

      Reply
      • at
        Permalink

        Lan.. Dalam artikel ada saya kongsikan macam mana nak dapatkan lesen tangkap sebelum mendapatkan lesen pelihara sekiranya haiwan tersebut bukan dibeli. Baca nanti ya cara2nya. Terima kasih.

        Reply
        • at
          Permalink

          Selamat pagi tuan…nak tanya…mcm mana nak buat lesen burung tiong emas ye…sebab saya ada bela sekor anak burung tiong emas…baru dpt semalam…so say nak tau lah macam mana nak buat lesen dan brapa harga lesen tiong sekor…

          Reply
          • at
            Permalink

            Hai Max.
            Max menetap di mana? Jika di Semenanjung, Max boleh rujuk jadual Perhilitan. Nama saintifik burung tiong mas ialah “Gracula religiosa”. Boleh search nama tersebut di jadual ini: https://bit.ly/3pinsIw

            Namun, jika Max dari Sabah atau Sarawak, prosedur menangkap/memelihara haiwan liar tidak mengikut prosedur Perhilitan Semenanjung. Itu perlu dirujuk sama ada dengan Sabah Wildlife Department ataupun Sarawak Forest Corporation. Prosedur mereka berbeza dengan PERHILITAN di Semenanjung (Department of Wildlife and National Parks Peninsular Malaysia).

            Reply
  • at
    Permalink

    Boleh dpt contact tak..daya nak tanya pasal musang…saya ada sekor musang pandan jantan (leo)..nak tahu klinik yg boleh handle utk vaksin musang..dan tempat untuk jaga klu saya cuti..011-16656020..please wasap saya

    Reply
    • at
      Permalink

      Nak tanya,boleh ke kita bela burung hantu ya?

      Reply
      • at
        Permalink

        Maaf ya, kalau berdasarkan jadual di website PERHILITAN, burung hantu/ owl/ nama scientificnya Strigiformes, tidak ada. Maka ini menunjukkan haiwan ini tidak boleh dibuat haiwan peliharaan.

        Reply
        • at
          Permalink

          Assalamualaikum Saya nak tanyaa . Saya adaa Bela anak musang pandan . Saya jumpa dia di kebun sawit . Macam mana untuk Saya dapat Kan lesen diaa . Dan Cara untuk amek lesen diaa . Senang atau susah .. masaa nak amek lesen . Perlu bawak sekali ke atau Saya je pergi untuk memohon lesen tersebut .

          Reply
          • at
            Permalink

            Waalaikumsalam Alang.

            Alang baca artikel di atas tu ya. Dalam artikel saya ada tuliskan “Bagaimana Untuk Mendapatkan Lesen Haiwan Eksotik” iaitu saya ceritakan dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk buat lesen, alamat jabatan2 PERHILITAN yang ada, masa yang diambil untuk buat lesen dan lain-lain.

            Kalau nak baca perkara-perkara lain pun, saya ada sertakan pautan website PERHILITAN.

            Maaf ya, kalau nak tulis kat ruangan komen ni panjang sangat dan sama je macam yang saya tuliskan kat artikel diatas.

            Reply
    • at
      Permalink

      MashaAllah comelnya haiwan peliharaan eksotik ni . Kesian adik beradik dia kena baham dengan mak sendiri

      Reply
      • at
        Permalink

        Comel, comel juga. Tapi, ada masa payah juga nak jaga. Sebab instinct dia sebagai haiwan liar tu masih ada. Haha

        Reply
  • at
    Permalink

    Salam. Saya ada beli iguana di salah sebuah pet store. Saya bercdadang untuk membuat lesen untuk Iguana tu. Masalah nya sekarang kedai tmpt saya beli tu tidak ada mengeluarkan resit pembelian untuk tu. Jadi bagaimanakah caranya untuk saya memohon lesen untuk Iguana tu. Tq.

    Reply
    • at
      Permalink

      Wsalam Amir,

      Sebelum ni waktu saya tanya pegawai Perhilitan waktu saya buat lesen musang saya, sekiranya ada bela haiwan eksotik yang perlukan lesen tapi tidak mempunyai resit pembelian, owner kena buat lesen tangkapan dahulu (lesen tangkap uituk 1 ekor haiwan eksotik sahaja – dalam kes ni, iguana Amir). Seminggu selepas buat lesen tangkapan baru buat lesen peliharaan. Lesen tangkapan tu pulak dah tak valid lah lepas tu sebab ia sebagai syarat bahawa Amir ada “terima” (yang sepatutnya prosedur jual-beli) iguana tersebut.

      Apa2 pun, Bella cadangkan Amir contact HQ Perhilitan negeri penempatan Amir untuk dapatkan info lanjut dan lebih terperinci ya!

      Reply
    • at
      Permalink

      Hi, nak tanya kalau nak bela memerang boleh dapat license tak? Tengah fikir untuk membela seekor memerang… Terima Kasih ya…

      Reply
      • at
        Permalink

        Hi.
        Memerang ialah haiwan dilindungi/haiwan dilindungi sepenuhnya. Mana-mana spesis memerang yang terdapat di Malaysia jatuh dalam kategori ini. Sesiapa yang didapati memelihara/menjual/memburu haiwan ini boleh didenda sehingga RM100,000 atau/dan dipenjara.

        Seeloknya jangan pelihara ya cik. Walaupun kalau ada kenal sesiapa yang menjual secara haram/ beri secara percuma pun. Cara anak memerang dipisahkan dari ibunya adalah sangat kejam.

        Terima kasih singgah ke blog saya. πŸ™‚

        Reply
      • at
        Permalink

        Intan boleh beli dan pelihara monyet yang dibenarkan pihak PERHILITAN. Beli dari penjual yang mempunyai lesen menjual dari PERHILITAN dan akan mengeluarkan resit sah.

        Kalau Intan ke pautan yang saya kongsikan di atas β€œPeraturan-peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Fi Lesen, Permit dan Permit Khas)”, Intan boleh lihat di bahagian C jadual tersebut iaitu jenis2 haiwan dan fi lesen “Menyimpan Hidupan Liar Yang Dilindungi”. Dari situ Intan boleh tahu jenis monyet yang boleh dipelihara.

        Hati2 ya Intan. Online ni ada banyak penjual2 tidak bertauliah yang menjual monyet cara illegal/monyet yang dalam kategori “tidak boleh dijual/dipelihara” contohnya Silver Leaf Monkey (Lutung). Oleh itu, pastikan baca jadual PERHILITAN dengan teliti sebelum membeli dari penjual2 tidak berlesen.

        Reply
  • at
    Permalink

    Saya baru tahu perlukan lesen untuk bela haiwan eksotik. Kalau beli daripada group di facebook dan tiada resit, macam mana ya nak mohon lesen dari perhilitan?

    Reply
    • at
      Permalink

      Hi Maya,

      Just wondering, haiwan tersebut dah dengan Maya ke? Untuk mohon lesen Perhilitan tu based on negeri tempat tinggal Maya. Boleh dapatkan nombor telefon mereka di website Perhilitan. Seperti pengalaman saya di Selangor, saya terpaksa dapatkan lesen penangkapan dahulu sebelum lesen pemeliharaan. Maybe Maya boleh contact Perhilitan dulu untuk tanya lebih lanjut? Waktu terbaik untuk telefon sebelum 11pagi.

      Also, nasihat Bella, jangan beli dari pembeli yang tiada lesen melalui online ya (kalau Maya belum beli lagi). Sebab mereka memburu haiwan2 ini secara haram. Dan pemburu haram akan membunuh induk (ibu/bapa) haiwan tersebut sebelum menangkap dan menjual anaknya. Ini sangat tidak berperikemanusiaan. Love all lives.

      Reply
  • at
    Permalink

    Hai bella..saya pun ada jaga musang pandan..tapi sekarang dah besar..saya jaga dia hampir 2 tahun lebih…saya jumpa dia di dalam kebun kelapa sawit,masa tu kaki dia bedarah dan putus.mungkin terkena sabit pisau potong buah sawit oleh pekerja ladang kelapa sawit..saya kesian dan bawak balik dia untuk merawat luka yang dia alami..bila dah 5 bulan kaki dia dah baik dah boleh berjalan.saya lepas semula di kebun kelapa sawit..tapi dalam 3 hari dia balik semula ke rumah saya…jadi tak smpai hati nak lepaskan dia,saya jaga dia sampai sekarang..saya nak tanya,kalau dah besar sangat masih boleh buat lesen lagi tak?harga lesen masih sama atau berbeza?

    Reply
    • at
      Permalink

      Hi Fatin,

      Kalau dah besar pun tiada masalah nak buat lesen. Harganya sama seperti dalam jadual di website Perhilitan. Prosedurnya pun lebih kurang macam yang Bella ceritakan di atas. Tapi untuk dapatkan kepastian, Bella cadangkan Fatin call Perhilitan Negeri tempat tinggal Fatin dulu ya (in case kalau ada apa2 perubahan semenjak Bella post blog diatas). πŸ™‚

      Reply
  • at
    Permalink

    Hallo,saya ada bela cat eyed gecko(cicak hutan),macammana pulak nak buat lesen,adakah prosedur nya sama dengan musang pandan dan macam mana pulak dengan alat penandaan untuk cicak cat eyed gecko tu sebab mereka kecil….berapa lamakah masa yang diambil untuk membuat lesen tersebut…

    Reply
    • at
      Permalink

      Hi Haziq,

      Kalau awak ke link ini: https://bit.ly/2Umk57B, ia menunjukkan cat-eyed gecko (τ°˜τ°‡τ°ˆτ°Žτ°τ°„τ°‘τ°ƒτ°‚τ°ˆτ°‚τ°•τ°„τ°’Aeluroscalabotes felines) tersebut perlu ada lesen. Jadi, awak boleh ke link ini pula: https://bit.ly/36XK0VC untuk lihat harga lesen membela haiwan tersebut.

      Saya tak pasti jika prosedur gecko sama dengan musang pandan, jadi cara terbaik ialah Haziq telefon HQ PERHILITAN negeri penetapan Haziq untuk soal-jawab lebih lanjut. Yang pasti, hanya HQ Perhilitan negeri yang boleh keluarkan lesen. Check nombor telefon HQ PERHILATAN di gambar yang saya kongsikan pada artikel saya dan telefon mereka ya!

      Tentang penandaan juga, Haziq boleh tanyakan pada PERHILITAN. Penandaan ada macam2 jenis. Untuk haiwan besar, Penandaan berbeza dari haiwan kecil. Seperti yang saya kongsikan pada artikel saya, ada 4 jenis Penandaan untuk haiwan berlesan anda (microchip/ kolar/ gelang/ tatu). Perkara ini, pegawai Perhilitan akan bantu terangkan dengan lebih lanjut.

      Reply
  • at
    Permalink

    Hi saya nak tanya , kalau kita nak buat lesen untuk dusky ada ke ? Dan berapa Maaf ya tanya cuma nak tahu je dulu

    Reply
    • at
      Permalink

      Hi Nur Ainaa,

      Dusky Leaf Monkey atau Lotong Cengkong ialah Protected Wildlife di Malaysia. Ia tidak boleh dibela, tidak boleh dijual, tidak boleh ditangkap. Sesiapa yang simpan Dusky Leaf Monkey boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 5 tahun.

      Lesen/permit Dusky Leaf Monkey hanya dikeluarkan untuk tujuan research (universities/ organisations) atau untuk transfer ke zoo luar negara.

      Sorry dear. But just a little FYI, ibu Dusky Leaf Monkey ni akan dibunuh oleh orang tak bertanggungjawab untuk mendapatkan anaknya. Dan selalunya anak tu tak hidup lama kerana makanan yang diberikan owners tak cukup zat/khasiat. Let’s not support illegal trading/poaching ya.

      Thank you singgah blog saya sis. πŸ™‚

      Reply
  • at
    Permalink

    Assalam kak , saya jumpa monyet tgh jalan pengsan mak dia mati , jadi saya kesian , saya amik dia jaga sampai skrg , then dia takut nak kawan ngan monyet luar dh , so saya jaga tapi skrh saya nk buat lesen macam mana eh ? Brp harganya ? Bnyak ke kerja dia ? Dia dah jinak dengan manusia sampai dia tak nk monyet luar

    Reply
    • at
      Permalink

      Wsalam Aliya.

      Aliya tahu ke spesis/ jenis monyet tersebut? Kalau tahu, Aliya boleh rujuk jadual PERHILITAN di https://bit.ly/2Qdl5YQ. Kalau Aliya tak pasti spesis dia, kena ambil gambar dia (pastikan clear), print di kertas A4 dan bawa ke HQ Perhilitan Negeri penempatan Aliya. HQ tu boleh rujuk di pos saya juga (sebab bukan semua ofis Perhilitan boleh buat lesen). Ataupun, Aliya boleh juga bawa monyet tersebut terus ke HQ Perhilitan untuk pengecaman (letak dalam cage/ carrier baik2). Jangan risau, dorang takkan ambil monyet tu (kalau monyet tu spesis yang boleh dipelihara) cuma lebih mudah kalau bawa terus untuk pengecaman, in case tak pasti spesis dia. Still, kalau bawa tu, kena juga ada printed gambar A4 untuk simpanan Perhilitan (bila nak buat lesen nanti).

      Pada masa yang sama bila di sana, boleh isi borang untuk pengangkapan monyet tersebut (sebab Aliya tak beli dari kedai yang diiktiraf dan nak buat lesen kena ada resit pembelian). Selepas seminggu pulang semula ke pejabat Perhilitan tersebut lagi untuk buatkan lesen pemeliharaan.

      Permulaan nak buat lesen ni je yang sedikit leceh tapi bila dah siap semua, takde masalah dah. Yang penting, renew setiap tahun, jangan terlepas tarikh renew lesen sebab nanti kena kompaun (dan kompaun tu yang akan buat leceh).

      Kalau bela monyet ni memang kena make sure ada lesen. Sebab in case apa2, tak lah dia senang2 kena tangkap dek Perbandaran ke apa pastu di tidurkan (mati).

      Reply
  • at
    Permalink

    Assalamualaikum kak,saya nak tanya satu perkara, berapa had umur untuk cipta lesen memelihara haiwan eksotik

    Reply
    • at
      Permalink

      Waalaikumsalam.

      Takde had umur untuk nak buat lesen peliharaan ya, Ilyas. Lagi cepat lagi bagus sebab kalau ada yang lapor Ilyas pelihara haiwan eksotik tanpa lesen, Ilyas boleh kena saman. Yang penting, Ilyas pastikan dulu haiwan tersebut termasuk dalam spesis haiwan eksotik yang boleh dipelihara ya. Kemudian, boleh cepat2 buat lesen. πŸ™‚

      Reply
  • at
    Permalink

    assalam kak bella. Boleh ke pelihara red fox? berapa harga untuk lesen dia?

    Reply
    • at
      Permalink

      Wsalam.

      Red fox, as in Rubah Merah?

      Malaysia is not native of a red fox makanya ia tiada dalam list untuk mendapatkan lesen direct dari PERHILITAN. Untuk memelihara haiwan ini, you kena import rubah tersebut. Maka, you kena ada permit import. Untuk ada permit import, you kena ada lesen perniagaan, salinan CITES dan senarai spesis untuk diimport. Kalau tak silap, permit hanya dibenarkan untuk individu/syarikat yang mengendalikan zoo/sarkas/pameran hidupan liar/ lain2 seumpamanya. So kena buktikan tempat/penempatan untuk haiwan tu luas seperti yang ditetapkan oleh CITES sebelum nak mintak permit, in the first place.

      Mungkin you boleh baca lebih lanjut tentang “Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesis Terancam” ni dibawah Akta 686. 3 jenis Rubah Merah is under list ni. Ada juga tentang kesalahan2 atau tetapan Undang2 Malaysia tentang spesis haiwan ni. http://www.doa.gov.my/index/resources/perkhidmatan/permit/akta_686.pdf

      Reply
  • at
    Permalink

    Memang memerang tak boleh bela ke?? Kalau kita jaga sbb dia tpisah dari mak dia masa kecil mcm mana? Bkn sbb sngaja pisahkm dari mak dia. Hmmm…

    Reply
    • at
      Permalink

      Ya Fath, memang takbole bela/pelihara semua jenis/spesis memerang.

      Saya faham juga, kadang2 disebabkan banjir, sesat, kematian ibunya dan sebagainya, tinggal lah anak memerang tu tanpa penjaga yang sepatutnya. Kalau dibiar, mungkin ia mati, lagi kasihan kan? Kalau untuk bela sampai ke umur dia boleh di rehabilitasi semula, then insyaAllah takde masalah. Cumanya menjaga anak memerang ini memerlukan masa yang banyak, perhatian, makanan yang cukup khasiat dll. Pentingnya untuk rehidration, susu yang diberi bukan susu biasa2 macam susu kucing, macam2 lagi supaya cukup khasiat, jaga waktu buang air, dll. Kalau dia dah besar sedikit pula, kena ada air (swimming) untuk dia, tempat tinggal yg bukan bergerigi (memerang sejenis haiwan yang akan gigit dan jika gigi rosak, ia tidak boleh di rehabilitate pula). Jadi kesimpulan yang terbaik, kalau terjumpa waktu dia kecil, elok dihantar ke pihak yang memang mempunyai experience menjaga memerang tersebut dan tahu cara2 untuk rehabilitasi memerang itu bila tiba masanya.

      Untuk pelihara memerang tersebut sampai dewasa dijadikan haiwan peliharaan eksotik, itu memang takboleh dan boleh dikenakan hukuman penjara/denda/kedua2nya sekali.

      Rehabilitasi ni penting, terutamanya supaya haiwan tersebut dapat teruskan kehidupan mereka di habitat dan bersama spesis mereka yang sepatutnya. Terima kasih visit blog saya.

      Reply
  • at
    Permalink

    Assalam kak saya nk tanya kalau razorback musk turtle perlukn lesen ke utk membela??

    Reply
    • at
      Permalink

      Wassalam.
      Razorback Musk Turtles bukan haiwan native Malaysia right? It is native to United States. Nak import haiwan yang bukan native ada banyak prosedur, bukan sahaja hal lesen. Ini kerana mereka mungkin boleh membawa penyakit, boleh mengganggu ekosistem kita dan lain2. In this case, saya cadangkan you contact PERHILITAN (or Customs) on prosedure, process, fees dan lain2.

      Reply
  • at
    Permalink

    Persoalan saya..jika terjumpa macam kes tuan…bagaimana nak ke langkah seterusnya..resit pembelian tak ada.

    Reply
    • at
      Permalink

      Kalau macam tu, cadangan saya encik mungkin boleh cuba seperti pengalaman saya yang saya tulis dalam artikel saya diatas (langkah2 yang saya buat). Atau paling mudah, dapatkan kepastian dengan PERHILITAN negeri encik fazli. Terima kasih.

      Reply
  • at
    Permalink

    nk tya..kalau haiwan yg kita bela tu xde resit pmbelian mcmana ya?tngkap sdri je

    Reply
    • at
      Permalink

      Mula2 sekali, adakah haiwan ini dibenarkan dipelihara mengikut jadual Lesen di website PERHILITAN?
      Kalau jawapannya ya, sekiranya tiada resit pembelian, kena buat lesen tangkap dan kemudian lesen pelihara. Lesen tangkap ini bukan untuk tujuan menjual, dan lesen itu dikeluarkan untuk tangkap SATU haiwan saja (mengikut info yang diberikan Heri ke PERHILITAN iaitu haiwan apa yang dalam peliharaan sekarang). Untuk dapatkan pengesahan lebih lanjut, saya syorkan Heri telefon PERHILITAN negeri sendiri.

      Kebiasaannya tidak disyorkan untuk tangkap haiwan eksotik sekiranya ia ada kumpulan/koloni nya sendiri. Ia lebih selamat dan sihat dengan spesisnya sendiri. Ini kerana, kebanyakan haiwan eksotik yang dibela tidak hidup lama kerana salah beri makan/minum, kurang vitamin/calcium/khasiat lain (yang boleh diperoleh di hutan dsbnya) dan lebih mudah stress kerana keadaan sekeliling (bising dll).

      Reply
  • at
    Permalink

    assalammualaikum..kemarin sy ternampak satu ekor ibu kucing batu di gigit anjing liar sampai mati…dkt area situ ade 3 ekor lgi anak die y masih kcil…dgr bunyi sebab dekat ngan kawasan tempat keje….ape yang patot saya buat ea…sebab dah tentu tak boleh pelihara dan anak tu masih kecil lgi….

    Reply
    • at
      Permalink

      Waalaikumsalam.
      Encik boleh buat laporan ke PERHILITAN negeri dengan segera. Ada cawangan2 di setiap negeri yang mana encik boleh buat laporan. Nombor telefon ada di website mereka. Encik kena beritahu lokasi terperinci tempat tersebut.
      Atau, kalau encik takut anak2 kucing batu (Asian Leopard Cat) itu berada dalam keadaan bahaya, encik boleh ambil mereka ke rumah encik dahulu sebelum penyerahan dan telefon PERHILITAN untuk ambil mereka di rumah encik (untuk penjagaan sementara).
      Ini kerana, kucing batu tidak boleh dipelihara (kategori terlarang), jadi encik hanya boleh jaga sementara sahaja (untuk makan minum) sebelum diserahkan ke pihak berkuasa.
      Mana lokasi encik jumpa kucing batu tersebut ya? Sebab kucing batu ni habitatnya dalam hutan dan mereka tidak akan ke tempat yang ada manusia (bukan nature mereka begitu). Sedikit pelik jika ia berhampiran tempat kerja encik (yang saya assume ada ramai orang) kerana besar kemungkinan habitatnya terganggu/ia merupakan peliharaan (illegal) yang melarikan diri.

      Reply
  • at
    Permalink

    salam. saya ada terjumpa anak monyet dekat kebun. mak dia takde. process yang sama jugak ke untuk mohon lesen monyet ni? sebab saya takde lesen menangkap, sebab jumpa anak monyet ni di kebun je.

    Reply
    • at
      Permalink

      hi dayah.

      dayah kena pastikan yang monyet tersebut adalah spesis yang dibenarkan untuk bela dahulu – sebab ada beberapa spesis monyet di malaysia yang tidak boleh dipelihara. kemudian, kalau memang ia sejenis spesis yang boleh dipelihara, dayah boleh tanyakan prosedur seterusnya di PERHILITAN. sebabnya masa saya buat, saya terpaksa dapatkan lesen tangkap (untuk seekor musang) since saya tak beli musang saya. tapi saya tak pasti sekiranya prosedur ini masih boleh digunapakai (saya buat awal tahun 2019).

      walaubagaimanapun kalau spesis monyet itu tidak boleh dipelihara, ia perlu diserahkan ke PERHILITAN supaya mereka boleh rehabilitasikan monyet tersebut.

      Reply
    • at
      Permalink

      Hi.

      Maaf, memerang ialah kategori haiwan dilindungi di Malaysia. Tiada lesen dikeluarkan untuk memelihara memerang dan ia tidak boleh dipelihara. Memelihara memerang secara haram boleh menyebabkan anda dijatuhkan hukuman penjara dan/atau saman sehingga RM100,000.

      Penjagaan memerang juga sangat susah. Ia haiwan yang sensitif (dari segi pemakanan/ habitat/ lain2) dan boleh menyebabkan kematian (haiwan tersebut).

      Reply
      • at
        Permalink

        sry..nak tye kalau musang itu baby lagi boleh kita dptkan lesen utk pelihara? lepas tu… kena ada tagging ke sbb masih baby.. baru x sampai 2 minggu.. jumpa atas jln.. ibu mati kena langgar..

        Reply
        • at
          Permalink

          Hai.
          Ya, musang baby atau dewasa boleh dapatkan lesen. Kena ada gambar latest print untuk kegunaan pihak Perhilitan. Microchip memang kena beli waktu nak buat lesen tapi boleh tunggu sehingga baby musang tu besar (umur setahun) baru bawa ke veterinar untuk masukkan microchip tersebut.

          Reply
  • at
    Permalink

    Salam hi. Nak tanya boleh bela panda ke ya? Suka sebab comel sangatt

    Reply
    • at
      Permalink

      Wasalam. Hi. Panda? As in, Panda Bear warna hitam putih yang cuma boleh dijumpai di China tu? Ermm.. Takboleh.

      Reply
  • at
    Permalink

    Salam Bella Enveeus,

    Firstly, terima kasih banyak2 kerana membuat blog post ni. Sangat berinformatif dan banyak membantu.. Cuma mohon bertanya; saya terjumpa anak musang pandan di tempat kerja saya. Kata rakan sekerja, mereka ada jumpa seekor musang pandan dewasa yang dah mati accident beberapa hari lepas. Kami assume itu mungkin emaknya lah. Anak musang pandan tu sudahpun 2 bulan dalam jagaan kami di tempat kerja. Tetapi memandangkan office kami akan kosong untuk sebulan ni (disebabkan pkpb), saya dah berniat nak bawa pulang dan bela sahaja anak musang pandan tu sebab area office banyak kucing untuk dilepaskan. Cuma masalahnya, apabila saya contact PERHILITAN untuk membuat lesen peliharaan, mereka kata hanya musang yang dibeli sahaja boleh dipelihara. Kalau terjumpa, kena serahkan pada mereka. Jika ikut blog saudari, musang pandan saudari pun bukan dibeli kan? Macam mana proses permohonan lesennya kalau saya tiada resit pembelian ye?

    Harap dapat respon dari saudari. Rasa dah terhenti sekejap jantung bila pegawai PERHILITAN saya call tadi kata kena serah anak musang tu pada mereka. Saya dah terasa attached pada dia -___- terima kasih πŸ™‚

    Reply
    • at
      Permalink

      Wsalam Eddie,

      Boleh saya tanya Eddie contact Perhilitan HQ bahagian Perlesenan ke? Ya, kalau yang saya buat untuk musang saya, memang prosedur seperti yang saya kongsikan di artikel saya tersebut. Tak pasti kalau ada pertukaran prosedur selepas 2 tahun ni. Mugkin Eddie boleh direct email saya di enveeus09@gmail.com untuk conversation lebih lanjut? Terima kasih.

      Reply
  • at
    Permalink

    Salam.. mak saudara saya ada jumpa anak musang..xbuka mata lagi.. bunyi dalam semak penuh dengan serangga (kerengga).. berdarah hidungnya.. apa yg perlu kami buat ya..? Kecik lagi.. kesian tengok.. boleh ka kalau nk bela untuk sementara?

    Reply
    • at
      Permalink

      Wsalam Aqilah,
      Maaf saya baru sempat reply. Harap2 anak musang tu selamat. Boleh dipelihara sementara semasa dia sakit dan kemudian, cuba dapatkan lesen Perhilitan (walaupun sekiranya ada rancangan untuk rehabilitasi pada umur 4-5 bulan, tetap kena ada lesen memelihara). Beri makanan yang berkhasiat untuknya ya!

      Reply
  • at
    Permalink

    Hi Bella. Saya ada seekor ayam hutan betina yang entah mana datangnya. Saya bagi ia makan dan minum. Disebabkan ia semakin jinak dan tidur pula atas pokok mangga luar rumah, saya pun reka kandang untuknya tidur dan lepaskan selepas subuh. Sebelum senja ia masuk semula. Disebabkan ada kucing-kucing liar yang mengendap, saya terpaksa buatkan pintu dan selak kecil. Masalahnya sekarang, ia mula bertelur! Maka riuhlah setaman. Saya mula risau takut-takut orang lalu-lalang bertanyakan hal itu. Apa perlu saya buat? Saya juga tinggal di Kajang. Sekiranya saya ke Jabatan Perhilitan WP K.Lumpur di Cheras tidak ke Shah Alam, bolehkah? Terimas

    Reply
    • at
      Permalink

      Hai Eddy,

      Pertama sekali, Eddy boleh kenal pasti jenis ayam tersebut? Sebabnya, ada ayam yang boleh dipelihara tapi, perlu lihat sesuai kah lokasi ayam yang dipelihara tersebut (iaitu, tempat perumahan/penempatan Eddy/mana ayam tersebut ditempatkn). Jika ia ayam yang boleh dipelihara, maka langkah seterusnya ialah mendapatkan kelulusan perbandaran jika boleh dipelihara di kawasan perumahan tersebut. Jadi, nak kena kenalpasti spesis/jenis ayam tu dulu.

      Reply
      • at
        Permalink

        Oh ok maksudnya ada juga ayam yang tidak boleh dipelihara ya. Saya dah cek dan tengok kat gambar2 ayam di internet. Didapati macam spesis ayam hutan sebab ia ada cuping telinga berwarna putih kiri dan kanan kepalanya. Tapi tidak tahulah dengan tepat kerana ayam kampung betina biasa pun rasanya ada juga jenis macam itu. Tentang pemeliharaan ayam di kawasan perumahan tu, nampaknya saya terpaksa pergi ke pejabat perbandaran Kajanglah ya? Tapi kalau betullah ia jenis ayam hutan ori, nampak gaya saya perlu dapatkan lesen peliharalah ya daripada jabatan perhilitan shah alam huhu

        Reply
        • at
          Permalink

          Ya, betul. Encik Eddy dapatkan info dari MPKj dulu, kalau boleh pelihara, check di jadual samaada ayam tersebut boleh dipelihara dan kemudian dapatkan confirmation dengan Perhilitan Selangor (Contact HQ Shah Alam tenten hal ini). Kalau semua ok, terus bawa dokumen2 yang perlu bila nak ke Shah Alam tu (kebab jauh kan, nanti nak kena ulang 2,3kali leceh pulak).

          Harap2 semuanya ok untuk Encik Eddy πŸ™‚

          Reply
    • at
      Permalink

      Maaf A’im. Kucing hutan (flat-headed cat) atau kucing batu (asian leopard cat) adalah haiwan liar terlindung dan tidak boleh dipelihara. Tiada lesen dikeluarkan untuk memelihara/menangkap/menjual haiwan-haiwan ini. Jika ditangkap dan didapati bersalah, tinggi denda dan hukumannya.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.