Musang Pandan: Penting Memvaksin Haiwan Eksotik Anda

Vaccination Palm Civet Exotic Animal Veterinary

Kalau korang ada baca artikel Bella tentang penjagaan musang pandan sebelum ni, mesti korang perasan yang Bella ada tekankan tentang pentingnya memvaksin musang pandan atau mana-mana haiwan peliharaan pun – tak kira lah eksotik atau domestik.

Kenapa? Sebabnya, haiwan eksotik juga boleh dijangkiti penyakit sama seperti haiwan domestik kita. Kadang kala ia boleh dijangkiti penyakit dari haiwan domestik yang kita pelihara dan kadang kala ia boleh dijangkiti penyakit dari kita sendiri.

Jujurnya, Bella memang akan pastikan kucing Bella (Ryan) dan musang pandan Bella (Luca) divaksin tepat pada waktu yang sepatutnya.

Kenapa Perlu Vaksin Haiwan Anda?

Ini pengalaman Bella dengan Luca tau.

Kalau si Ryan tu ada kutu, ada besar kemungkinan Luca pun boleh djangkiti kutu juga. Kutu kucing yang lompat-lompat tu memang senang dan cepat membiak.

Pernah Luca kena kutu kucing yang mungkin tanpa sengaja dibawa Ryan dari luar ke dalam rumah. Peliknya, walaupun Luca Bella tempatkan di tingkat 2 dan Ryan di tingkat 1 rumah tapi tetap boleh terkena juga kutu tu.

Sebab? Mungkin kita manusia ni yang menyebabkan tersebarnya kutu tu. Bila Bella jalan-jalan di tingkat 1, mungkin Bella tak perasan yang kutu tu dah lompat di baju atau seluar Bella dan bila Bella pergi ke Luca, kutu tu pun lompat lah ke Luca – apa lagi, bulu tebal dan badan panas macam Luca, mestilah kutu tu suka!

Ini juga salah satu sebab pentingnya kita mengasingkan haiwan domestik dan haiwan eksotik kita.

Bukan kutu kucing saja, penyakit kucing seperti feline immunodeficiency virus (FIV), Feline Leukemia Virus (FeLV), Sporotrichosis, Parvovirus dan lain-lain juga boleh terkena haiwan eksotik kita tanpa kita sedari.

Penyakit-penyakit begini efeknya pada haiwan eksotik kita lebih bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Manusia pun kalau ada selsema boleh menjangkitkan selsema tu pada haiwan peliharaan tau.

Oleh itu, sentiasa cuci tangan bersih-bersih sebelum sentuh haiwan peliharaan kita dan kalau sakit, guna lah mask muka.

Jadi, pastikan haiwan eksotik anda divaksin pada waktu yang ditetapkan dan haiwan peliharaan (domestik) anda juga mendapat vaksin supaya tidak menjadi pembawa apa-apa penyakit.

Persediaan Sebelum Vaksin

Palm Civet Vaccination
Hai korang! Nama saya Luca!

Seminggu sebelum hari vaksinasi, mandikan lah musang pandan anda tu dulu. Sebabnya, kalau dia dah kena vaksin, dia tak boleh mandi seminggu hingga sepuluh hari.

Bagi lah musang pandan korang makan dulu. Jangan lah perut kosong lepas tu bawa pergi vaksin. Kesian musang korang nanti.

Kadang-kadang selepas vaksin, musang korang mungkin akan ada perubahan sikap sikit. Dalam sehari dua, dia mungkin tidak terlalu aktif. Ini perkara biasa. Cuma kalau perangai dia berubah untuk jangkamasa yang lama, itu tak normal dan baik korang follow-up dengan veterinar korang tu.

Pengalaman Membawa Luca Vaksin

Untuk vaksin, kali pertama ialah bila umur musang tu 2 bulan. Lepas tu, kena vaksin sekali lagi bila umur musang tu 3 bulan. Vaksin seterusnya ialah setahun selepas vaksin kedua tu dan kemudian diteruskan setahun sekali sampai ke akhir hayat.

Kali terakhir Luca divaksin (vaksin kedua) ialah pada bulan Februari tahun lepas waktu umurnya 3 bulan.

Exotic Animal Veterinary Kuala Lumpur
Exotic Animal Veterinary di Taman Melawati

Jadi pada bulan Februari 2020, Bella bawa Luca ke veterinar feberet kami, Dr. Vellayan di Taman Melawati untuk vaksin tahunannya. Waktu tu, umur Luca dah 1 tahun, 3 bulan dan 3 hari.

Ya, Bella ni sejenis mak bulus yang kancheong sikit. Umur anak bulus berapa hari pun Bella ingat. Hahaha.

Sebelum vaksin, timbang musang korang dulu supaya veterinar korang boleh bagi sukatan vaksin yang sepatutnya. Berat Luca masa tu dah 7 kilogram tau. Semangat juga anak bulus Bella ni. Mana taknya, hari-hari bagi makan ciku, mangga dan 100g daging ayam!

Bella selalunya akan bawa sampel najis Luca untuk diperiksa veterinar di bawah mikroskop sebelum Luca sendiri diperiksa veterinar tersebut. Alhamdulillah, setakat ni, selalunya didapati najis Luca tiada masalah dan tiada jangkitan parasit.

Palm Civet Vaccination Exotic Animal Veterinary
Peluk Musang Pandan korang sewaktu nak vaksin

Bestnya Luca ni dia seekor musang yang jinak. Walaupun dia takut-takut dengan orang yang dia tak kenal tapi bila Bella ada dan Bella peluk dia, dia takkan meronta atau bergerak.

Palm Civet Vaccination Exotic Animal Veterinary
Senangnya memvaksin Luca!

Masa Bella keluarkan Luca dari carrier, dukung dia dan Dr. Vellayan cucuk vaksin di sisi kiri belakang dia, dia diam je. Dr. Vellayan pun terkejut juga sebab sangat jarang dia jumpa musang yang jinak, lebih-lebih lagi yang diam walaupun kena cucuk jarum.

Prosedur vaksinasi ni sekejap je, tak sampai 5 minit pun kalau haiwan eksotik korang tu tak meronta-ronta.

Selepas vaksin, kelakuan Luca tak berubah pun. Sama je baik dia macam selalu. Waktu siang, selepas Bella beri dia smoothie dan dia puas makan, dia akan tidur dan bila malam tiba, dia akan aktif dan bermain dengan Bella dan suami.

Jom ikuti gelagat Luca di Instagram @LucaTheCivet! Atau baca tentang pengalaman Bella dengan Luca di artikel-artikel ini.

Kalau korang sayangkan haiwan peliharaan korang, tak kira lah domestik atau eksotik, mamalia atau reptilia atau apa saja, vaksin lah haiwan korang. Ini kerana, dipelihara dalam rumah dikelilingi manusia (dan penyakit manusia) adalah lebih merbahaya buat mereka berbanding mereka di hutan atau dengan spesis mereka sendiri.

Sayangi Haiwan! Love Animals!

Exotic Animal Veterinary (Dato' Dr. S. Vellayan)
10, Jalan L2, Phase 6A, 
Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Tel: 03-41085530 (call for appointment first)

2 thoughts on “Musang Pandan: Penting Memvaksin Haiwan Eksotik Anda

  • December 11, 2020 at 12:02 PM
    Permalink

    Hye Bella. nak tanya..mana nak dapat musang pandan ye..banyak yang dari indonesia je..

    Reply
    • December 13, 2020 at 10:58 PM
      Permalink

      Hai Hakim. Saya tak pasti kedai yang mana ada tapi cuba cari di kedai menjual haiwan eksotik. Boleh google. Di Seri Kembangan dulu ada satu kedai tapi tak pasti kalau ada lagi ke tak sekarang. Cuma jangan beli online dari penjual yang tidak berlesen ya. Pastikan beli dari syarikat yang ada kedai berlesen dan juga mempunyai lesen menjual haiwan eksotik yang original dari Perhilitan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.