Mencari Hotel di Shah Alam? Ini Cadangan Bagasi.my

Sejujurnya, walaupun Bella menetap di Selangor ni lebih dari 25 tahun, tapi bukan semua tempat di Selangor ni dah dijelajahi. Kalau ada rezeki dapat join fam trip, dapatlah juga melawat tempat-tempat istimewa sekitar Selangor ni. Pastu baru Bella kongsikan pengalaman Bella kat blog Bella lagi satu.

Kalau hari-hari biasa pula, memang takde masa sangat nak mencari tempat-tempat menarik atau lokasi-lokasi bangunan di sekitar negeri Selangor ni. Lagi-lagi Bella menetap di Kajang, Selangor jadi kalau tempat-tempat yang jauh nun hujung Selangor ni memang lagi lah Bella tak berapa “explore”.

Nasib baik juga terjumpa dengan website Bagasi.my dan cadangan hotel-hotel menarik di Shah Alam, Selangor.

Masa Bella dok godek-godek online nak cari hotel di Selangor (entah kenapa rajin pulak tiba-tiba!) terjumpa lah pautan link hotel di Shah Alam dan mula lah Bella baca hotel-hotel menarik yang ada di Shah Alam tu.

Concorde Hotel
*Gambar diambil dari Bagasi.my
Pegasus Hotel
*Gambar diambil dari Bagasi.my
Geno Hotel
*Gambar diambil dari Bagasi.my
Carlton Holiday Hotel & Suites
*Gambar diambil dari Bagasi.my

Ada beberapa hotel di artikel website Bagasi.my yang Bella dah pernah dengar dan pernah pergi, macam Concorde Hotel, Pegasus Hotel, Grand BlueWave Hotel dan Hotel de Art @ i-City, tapi ada banyak juga hotel-hotel lain yang Bella tak pernah dengar seperti Geno Hotel, Carlton Holiday Hotel & Suites dan banyak lagi.

Bella suka juga tengok cara artikel ni ditulis, senang nak baca kemudahan-kemudahan yang disediakan di setiap hotel, harga bilik-bilik setiap hotel untuk semalaman, alamat dan gambar-gambar yang disertakan juga menarik. Senang lah nak cari info-info atau nak merancang penginapan di salah satu hotel di Shah Alam ni nanti!

Artikel di Bagasi.my

Oh dan lagi satu Bella suka, di artikel Hotel Shah Alam website Bagasi tu juga, pembaca boleh muat turun salinan artikel dalam bentuk PDF supaya lebih mudah membuat rujukan di luar talian. Haa senang lah kan? Tak payah nak akses website berkali-kali. Muat turun di laptop atau handphone dan boleh rujuk artikel tu bila-bila masa saja.

Jom gi baca artikel yang ada!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.