Mesti Tonton Keluarga Baha Don di Viu

Keluarga Baha Don

Bella jarang dah tonton rancangan-rancangan di TV sekarang ni. Kalau buka TV tu pun untuk tengok berita atau dokumentari saja. Lagi-lagi semenjak ada servis streaming sekarang ni, lagi mudah untuk tonton drama, drama bersiri atau filem di telefon dan komputer saja.

Sebelum ni Bella tak pernah menggunakan servis streaming Viu tapi kali pertama Bella tengok previu episod pertama Keluarga Baha Don ni, terus Bella download aplikasi Viu di telefon.

Apa yang Menarik tentang Keluarga Baha Don?

Haa apa yang menarik pasal cerita ni?

Pertama sekali, Bella suka dorang cakap campur Bahasa Melayu, Omputih, Bahasa cina, sikit-sikit Tamil, eh, Bahasa Perancis pun ada lah! Siapa sangka Remy Ishak pandai cakap Bahasa Perancis? Ada la sikit sebutan tu “pelat” (bila kita tahu cakap Bahasa Perancis paham la bunyi nya tu kan) tapi bagus lah Abang Remy ni!

Cara lakonan yang bersahaja dan kadang-kadang spontan ni yang best. Baru lah nampak komedi nya dan walaupun jalan cerita keluarga ni tak logik langsung (dah kata drama komedi kan), tapi memang boleh layan lah!

Cumanya, selain daripada campuran bahasa, drama ni R-rated ya sebab kadang-kadang ada menggunakan kata-kata kesat, ayat-ayat dua makna dan juga aksi-aksi sedikit sensual. Jadi, hati-hati kalau ada anak kecil. Mungkin kurang sesuai untuk ditonton bersama anak sekolah sebelum waktu tidur.

Keluarga Baha Don

Selain daripada Remy Ishak, mesti korang kenal pelakon-pelakon yang lain ni kan seperti: Sharifah Aleysha, Jihan Muse, Mark Adam, Melissa Campbell, Susan Lancaster, Sabri Yunus, Douglas Wong dan Khir Rahman. Eh, ada ramai lagi lah pelakon-pelakon lain yang membuatkan drama ni lebih berisi dan berapi.

Nasib baik juga Viu tayangkan drama bersiri ni secara percuma. Tapi, kalau korang nak tonton drama-drama lain kat Viu pun ada yang percuma dan ada yang berbayar. Alah, tak mahal pun Bella tengok caj bulanan di Viu.

Drama bersiri ni ada 10 episod semuanya. Kalau tengok episod terakhir tu macam ada peluang je untuk ada musim kedua. Harap-harap ada lah sebab setiap episod drama ni makin menarik pula jalan ceritanya.

Apa pula pandangan korang? Best tak drama bersiri Keluarga Baha Don ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.