Jom Cuba Atmosphere 360 Ramadan Buffet di Menara KL

Ramadan dah semakin hampir dengan kita dan pasti ramai tak sabar untuk melakukan salah satu Rukun Islam ini kan? Pada masa yang sama, ada banyak restoren yang menawarkan Ramadan Buffet dengan harga-harga menarik untuk berbuka puasa nanti dan salah satunya ialah Atmosphere 360, Menara KL.

Nak tahu apa yang ditawarkan oleh Atmosphere 360 Ramadan Buffet di Menara KL?

Atmosphere 360 Ramadan Buffet, Menara KL

Pernah ke Menara KL? Kalau tak pernah, mungkin korang tak tau apa Atmosphere 360 ni. Atmosphere 360 ialah sebuah restoren berputar yang moden dan elegan. Bila berputar tu, boleh lah korang nikmati pemandangan Kuala Lumpur sejauh 360° sambil makan dan berbual dengan teman-teman.

Atmosphere 360 ini merupakan satu-satunya restoren berputar di Kuala Lumpur dan lagi best, ia terletak pada kedudukan 282 meter, di dalam Menara KL iaitu menara tertinggi di Asia Tenggara.

Bella dah beberapa kali ke Atmosphere 360. Sebelum ni Bella ke Atmosphere 360 untuk tea-time atau makan tengahari tapi pernah juga sekali ke sini pada bulan Ramadan. Bella suka suasana di restoren ni pada bulan Ramadan sebab lain sikit vibe “menjelang raya” tu.

Pada tahun ini, Atmosphere 360 Ramadan Buffet menyajikan pelbagai makanan dan lauk-pauk Melayu serta makanan internasional.

Untuk korang yang tekak melayu macam Bella, ada banyak lauk-lauk menarik untuk dinikmati termasuklah asam pedas ekor lembu, durian pancake, serawa durian dengan pulut, ikan patin masak lemak, daging salai dan macam-macam lagi.

Mengikut chef, beliau kata menu yang sering menjadi pilihan tetamu di Atmosphere 360 pada bulan puasa ialah serawa durian, ikan patin masak lemak dan daging kambing bakar. Katanya, durian yang digunakan untuk masak serawa sama ada durian musang king atau durian D24 saja (mengikut musim). Ikan patin pula mereka dapatkan ikan patin yang diternak di Pahang dari air gunung (air mengalir) bagi memastikan ikan tersebut sihat dan fresh.

Haa terkejut tak? Bella pun pertama kali dengar ikan patin diternak berhampiran dengan air terjun yang mana air mengalir tu memastikan ikan-ikan tu sihat.

Sambil mencuba pelbagai menu makanan yang disediakan di Atmosphere 360 untuk Ramadan akan datang, para tetamu juga akan disajikan dengan muzik ghazal dan nyanyian live lagu-lagu Hari Raya.

Syoknya. Rasa macam dah nak raya pula!

Sebenarnya ini kali pertama Atmosphere 360 menyediakan Buffet Ramadan untuk tetamu. Disebabkan demikian, semestinya Atmosphere 360 ada harga promosi untuk bakal-bakal tetamu pada bulan Ramadan nanti. Haa apa promosi yang ada?

  1. Diskaun 50% untuk 30 tempat duduk pertama
  2. Diskaun 40% untuk 30 tempat duduk berikutnya
  3. Diskaun 30% untuk 40 tempat duduk selepas itu

Atmosphere 360 juga dengan berbesar hati akan melawat rumah-rumah anak yatim dan menjamu mereka berbuka puasa di restoren, sempena inisiatif CSR (tanggungjawab sosial korporat) mereka. Sebahagian dari jualan juga akan diagihkan (derma) ke ruman-rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, akan ada Amil Zakat di restoren Atmosphere 360 setiap hari bagi memudahkan para tetamu membuat bayaran zakat (jika perlu). Bagus kan inisiatif Atmosphere 360 ni?

Jadi, bagi korang-korang yang teringin nak berbuka puasa di Atmosphere 360 Menara KL sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang diterangi lampu bewarna warni tu boleh lah buat tempahan dengan Atmosphere 360 segera. Bukan apa, risau pula dah takde meja nanti kalau tempah last minit.

Harga promosi seperti yang Bella nyatakan diatas tu hanya sah untuk pemegang MyKad saja ya. Promosi tersebut juga hanya untuk Buffet Ramadan bermula dari jam 6.30 petang hungga 11 malam. Tiada diskaun untuk makanan atau minuman a la-carte.

Kalau korang berminat nak buat tempahan, telefon nombor di bawah dengan segera. Jumpa korang di atas sana!

Atmosphere 360, KL Tower
Tel: 03-2020 2121 / 2020 (reservation only)
Web: www.atmosphere360.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.