Majlis Pelancaran Produk MEWANGI di Hilton Kuala Lumpur

MEWANGI SATU DUNIA

Beberapa hari yang lepas, saya sempat ke Majlis Pelancaran Produk MEWANGI di Hilton Kuala Lumpur. Saya tak pernah gunakan produk MEWANGI sebelum ni tapi pernah lah dengar namanya. Bila pergi ke majlis pelancaran produk dan lihat sendiri produk-produk yang ada, haaa teruja juga nak cuba.

Tapi sebelum tu, jom baca apa yang berlaku di Majlis Pelancaran produk sambil berkenalan dengan pengasas produk dan Duta produk MEWANGI ni dulu.

Majlis Pelancaran Produk MEWANGI Dan Pengenalan Duta MEWANGI

Majlis Pelancaran Produk MEWANGI yang diadakan di Hilton, Kuala Lumpur dihadiri oleh VVIP jemputan Y.M. Tengku Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Azman Shah Alhaj; Pengasas MEWANGI, Puan Ayu Azmera; ahli keluarga Puan Ayu; Duta Produk MEWANGI; Komposer lagu Irama Malaysia, Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah); stokis-stokis produk MEWANGI; ramai wakil media dan bloggers.

Ucapan dari Y.M. Tengku Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M. Tengku Azman Shah Alhaj
Ucapan dari Y.M. Tengku Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M. Tengku Azman Shah Alhaj

Y.M. Tengku Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M. Tengku Azman Shah Alhaj ialah salah seorang kerabat DiRaja Selangor yang meminati lagu-lagu irama Malaysia. Baginda dijemput ke majlis pelancaran produk MEWANGI sekaligus melancarkan produk ini kerana minat dan penglibatan baginda dalam industri irama Malaysia sendiri. Baginda berharap lebih ramai lagi anak muda di Malaysia akan kekalkan musik irama Malaysia dan sekiranya muzik irama Malaysia ini digabungkan dengan muzik kontemporari, asasnya jangan diabaikan.

Tandatangan perjanjian di antara pengasas MEWANGI, Puan Ayu Azmera dan duta produk MEWANGI, selebriti Noraniza Idris.
Tandatangan perjanjian di antara pengasas MEWANGI, Puan Ayu Azmera dan duta produk MEWANGI, selebriti Noraniza Idris.

Sehubungan dengan itu, adalah bukan satu kejutan apabila Duta yang dipilih untuk mewakili produk MEWANGI ini adalah ikon irama Malaysia, Noraniza Idris.

Menurut Puan Ayu, Noraniza Idris menjadi pilihan MEWANGI sebagai Duta mereka kerana bukan sahaja Noraniza Idris merupakan pengguna produk MEWANGI semenjak keluarannya di pasaran tetapi juga kerana beliau seorang selebriti dan peneraju penerbitannya sendiri – seperti juga Puan Ayu Azmera.

Sinonim dengan kemerduan suara Noraniza Idris yang dapat menambat hati pencinta muzik Malaysia, MEWANGI berharap produk-produk mereka juga akan mendapat tempat di hati pengguna-pengguna produk kecantikan di Malaysia.

MEWANGI SATU DUNIA

MEWANGI SATU DUNIA

Produk MEWANGI dan Pengasasnya

Produk MEWANGI ni ada beberapa jenis. Kenapa namanya MEWANGI? Semestinya sebab bau produk-produk ni WANGI. Saya rasa ia kerana produk MEWANGI menggunakan pati bunga-bungaan dan herba selain daripada sumber semulajadi lain seperti garam bukit dan lilin lebah. Dah la tu, produk MEWANGI ni siap mendapat kelulusan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pulak.

Pengasas MEWANGI sendiri, Puan Ayu Azmera mengatakan yang produk MEWANGI ni terbukti keberkesanan dan keselamatannya. Ini kerana, Puan Ayu sendiri dah menggunakan produk ni semenjak ia dikeluarkan dua tahun yang lepas. Lagi satu, produk MEWANGI juga dikeluarkan oleh kilang ahli keluarga Puan Ayu sendiri di Sungai Petani jadi, kualiti produk ni terjamin. Kilang keluarga Puan Ayu ni sebuah Kilang Makmal Kecantikan yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) tau.

Nota tepi: Kalau lah MEWANGI dapat mengizinkan saya melawat kilang mereka tu, mesti best kan?

Haa belum habis lagi ni. Disebabkan produk MEWANGI adalah keluaran mereka sendiri, semestinya mereka boleh memastikan yang produk-produk mereka dan melalui proses penyelidikan dan pembangunan yang betul sebelum dipasarkan ye tak? Sebab tu Puan Ayu dengan konfidennya boleh mengatakan yang produk MEWANGI beliau ni selamat, halal, suci dan bebas dari bahan berbahaya. Jadi boleh tarik nafas lega sebab produk ni BEBAS dari bahan-bahan seperti merkuri, hidrokonin dan paraben yang boleh mendatangkan kesan mudarat pada jangkamasa panjang.

Tengok sendiri rupa pengasas produk MEWANGI seperti gambar dibawah. Lawa kan? Bini orang okayyyy.

Puan Ayu Azmera menerangkan serba sedikit tentang produk MEWANGI dan bagaimana mendapat keuntungan sebagai stokis MEWANGI.
Puan Ayu Azmera menerangkan serba sedikit tentang produk MEWANGI dan bagaimana mendapat keuntungan sebagai stokis MEWANGI.

Terutama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih pada suami saya, kerana tanpa kutukannya yang mengatakan saya tidak boleh berjaya dan saya hanya “hangat-hangat tahi ayam”, saya takkan berjaya seperti ini hari ini kerana ingin membuktikan padanya yang saya boleh berjaya.” – Puan Ayu Azmera

Turning point kejayaan Puan Ayu ialah suami beliau sendiri. Anda apa pula?

Produk-produk MEWANGI di pasaran sekarang adalah (harga untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak):

  1. MEWANGI CHEWING GUM SOAP (RM49 & RM59) : pencuci muka berbau seperti chewing gum. Produk ini dihasilkan daripada madu dan kulit kayu manis. Untuk merawat jeragat dan jerawat, melindungi kulit, mencerah, menghilangkan kegatalan muka akibat resdung dan menyejukkan radang kulit.
  2. MEWANGI PEELING SCRUB (RM49 & RM59): skrub/lulur garam bukit untuk muka dan badan. Untuk membuang kulit mati dan daki, menipiskan jeragat dan memudarkan parut, menghilangkan kehitaman di celahan badan, ketiak dan kelengkang.
  3. MEWANGI CREAM (RM49 & RM59): krim muka dan badan. Menggabungkan 7 pati bunga dan serbuk mutiara, mempunyai SPF60 untuk menyekatakan tona kulit, menggebu, mencerah, melembut, menganjal seri menaikkan aura dan seri wajah.
  4. MEWANGI PENAIK SERI 7 BUNGA (RM69 & RM75): krim muka. Diekstrak dan diformulasikan daripada lilin lebah dan 7 pati bunga. Untuk menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat degil. 14 hari kegunaan berupaya menjadikan kulit berseri-seri, lebih cerah dan merah jambu.

_ _ _

MEWANGI SATU DUNIA
No 23-G, Blk 2 Jalan Elektron Nu16/N,
Sek U16, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor

Bella Enveeus

A Batwoman who wishes she is Sleeping Beauty instead. An entrepreneur. A Lifestyle & Travel Blogger. Love meeting new people, love sharing ideas and expanding the horizon, love to read, write and travel. Read more about her, her achievements and success through blogging at the "About Me" tab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *