Matxi Corp Meraikan Ulang Tahun ke-2 di KL Convention Centre Baru-Baru Ini

Beberapa hari lepas, Bella dengan suami dijemput ke acara rasmi sebuah syarikat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Mula-mula tiba di Plenary Hall tu, Bella tak pasti juga apa acara tersebut sebab nampak ramai gadis-gadis, wanita-wanita Vietnam di luar Dewan.

Tapi selepas masuk ke dalam Dewan, baru faham apa sebenarnya Matxi Corp dan apa yang ingin mereka ketengahkan ke pasaran Malaysia.

Nak tau lebih lanjut?

Matxi Corp – “Anda Berhak Memiliki Kehidupan Yang Lebih Baik”

Sabtu lepas, Matxi Corp, atau sebelum ini dikenali sebagai Matxi S.G, menyambut ulang tahun ke-2 mereka di KL Convention Centre bersama-sama 2,000 pengedar produk-produk mereka dari beberapa buah negara.

Matxi S.G ialah sebuah anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd yang bertempat di Vietnam. Mereka merupakan sebuah syarikat yang memberikan latihan perniagaan kepada pengedar-pengedar produk mereka, membantu setiap individu (pengedar) dalam hal-hal perniagaan dan penjualan mengikut pelan hala tuju latihan Matxi S.G. Kesemua program yang dilakukan adalah untuk mendapatkan hasil jualan yang cemerlang dengan menggunakan alat sokongan profesional dan teratur dari syarikat.

Pada hari Sabtu lepas juga, Matxi S.G mengumumkan yang mereka kini bergabung selepas persetujuan pelaburan strategik di antara Matxi S.G dengan kumpulan Malaysia yang sekaligus menjadikan mereka Matxi Corp.

Tujuan Matxi Corp ditubuhkan adalah untuk melangkah ke pasaran antarabangsa dan Malaysia adalah negara kedua (selepas Vietnam) untuk bekerjasama menjadi Matxi Corp. Negara seterusnya yang bakal mengikut jejak Malaysia adalah Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Encik Matthew James Morries (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd)

Majlis Matxi Corp hujung minggu lepas juga memperkenalkan pengedar-pengedar dan pengguna-pengguna produk-produk Matxi Corp serta media kepada pengarah-pengarah Matxi Corp iaitu, Cik Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam) Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp Amerika Syarikat), Encik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea Selatan) dan Encik Matthew James Morries (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd).

Pada masa hadapan, Matxi Corp bercadang untuk meluaskan lagi bidang perniagaan mereka dan melibatkan syarikat ke bidang-bidang seperti berikut:

  • Hartanah
  • Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak
  • Percetakan dan Pembungkusan
  • Syarikat Penyelenggara Acara
  • Produk Kesihatan dan Pengeluaran Kosmetik
  • Restoran

Buat masa sekarang, kilang Matxi Corp di Vietnam ialah Medino – Milano GMP bersetifikat yang khusus membuat makanan berfungsi (supplementary food) produk makanan dan kosmetik.

Matxi Corp Malaysia pula bakal menyediakan produk-produk kesihatan dari herba yang terkenal di Malaysia, seperti minuman kesihatan Tongkat Ali. Matxi Corp Amerika Syarikat dan Matxi Corp Korea Selatan bakal menghasilkan produk-produk berkaitan kosmetik, kecantikan dan sebagainya.

Akhir sekali, Bella teruja melihat pengedar-pengedar produk-produk Matxi Corp yang berjaya memasarkan jumlah produk yang tinggi dan mendapat bonus dan trofi di atas pentas pada hari Sabtu lalu.

Ada diantara korang yang berminat dengan produkt-produk ni atau nak join sebagai pengedar?

Korang boleh baca lebih lanjut tentang Matxi Corp Malaysia, Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W) di Facebook Rasmi Matxi Malaysia atau lawat Instagram Matxi Corp ya. #MATXICorp #YourDeserveABetterLife

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.