Ikon Muslimah Malaysia : Siapakah Mia Tiara?
Beberapa hari lepas, saya dan beberapa media yang lain menghadiri sebuah program pra-pelancaran filem yang diberi tajuk “Mia Tiara”. Program ni berlangsung di Restoran Istana Bambu, Ampang. Pra-pelancaran ni sebenarnya macam pengenalan kepada filem Mia Tiara tu, bila penggambaran akan dimulakan, siapa barisan pelakon-pelakon yang terlibat dan sebagainya.
Tapi, dengan tajuk filem yang diberi nama “Mia Tiara”, tentulah persoalan utama nya ialah: Siapakah Mia Tiara?
Siapakah Mia Tiara
Menurut penulis skrip filem ini, Rosmadewi Zain, beliau menggambarkan Mia Tiara ni sebagai seorang yang kuat dari segi mental, berani dan mempunyai pendirian yang kuat.
Kerana walaupun pada usia yang muda, Mia Tiara berani keluar dari rumah, membawa ibunya lari dari bapanya yang kaki pukul dan penagih tegar untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Bukan tu je, Mia Tiara juga seorang yang cantik manis, dan kerana kegigihan dan kecantikannya tu, dia berjaya menjadi model muslimah di peringkat antarabangsa dan dapat menjaga ibunya dengan baik.
Namun begitu, dunia ni bulat kan? Bila kita kat atas, ada je makhluk yang nak menjatuhkan kita. Jadi berlaku lah tragedi ke atas Mia Tiara ni. OK, tu tak payah cerita lebih-lebih. Mana la tahu kalau-kalau lain jalan ceritanya nanti. Lagipun, tak best lah bagitau spoiler kan?
Sekarang masih belum lagi ada kepastian siapakah gadis yang akan memainkan watak Mia Tiara ni.

Menurut pengarah filem ini, Norazah Sahud, watak ini sudah ditawarkan ke Fathia Latiff tapi masih belum lagi ada kepastian dari pihak Fathia. Pada masa yang sama, produksi filem ini sedang membuat “open cast” sekiranya ada gadis-gadis di luar sana yang merasakan diri mereka layak menjadi Mia Tiara.

Haa, yang rasa ada bakat berlakon dan cantik macam model tu, apa tunggu lagi? Pergi lah cuba nasib!
Siapakah Yang Bakal Menemani Mia Tiara
Pada petang pra-pelancaran filem Mia Tiara ini, pengarah filem Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Ahmad Idham Omar juga turut hadir untuk memberi sokongan kepada anak didiknya, Norazah Sahud. Menurut Ahmad Idham, sudah tiba masanya Norazah mengarah filemnya sendiri setelah 10 tahun berguru dengannya dan rasanya, filem Mia Tiara ini adalah yang terbaik untuk Norazah.

Para pelakon yang bakal menyinari filem ini ialah Izzue Islam, Julia Ziegler, Amar Asyraff, Hafreez Adam dan pelakon baru, Nadia Shahab.
Tapi, lagi sekali persoalannya, siapakah yang akan memainkan watak Mia Tiara tersebut? Bukan mudah tau nak memainkan watak seorang model muslimah yang berjaya dan sekaligus menjadi ikon muslimah Malaysia!
Ujibakat Pencarian Mia Tiara
Jika anda merasakan diri anda sesuai untuk memainkan watak sebagai Mia Tiara, apa kata cuba nasib anda dengan profail anda ke email ini: filemmiatiara@gmail.com
Penerbit Mia Tiara : Tenview (M) Sdn Bhd
Pengarah Mia Tiara : Norazah Sahud
Penulis Skrip Mia Tiara : Rosmadewi Zain