Nikmati Masakan ala Kampung di Nur Ramadan Buffet, UBE Banquet Hall Nilai 3

Wow tak sangka sungguh, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei dan beberapa hari saja lagi umat Islam sedunia akan menyambut bulan Ramadan, bulan yang mulia.

Cakap pasal Ramadan, apa lagi yang kita tunggu-tunggu kalau bukan bazaar Ramadan dan Buffet Ramadan kan? Bayangkan aneka pilihan lauk-pauk dan kuih-muih yang bakal dijamu menjelang bulan puasa nanti.

Yang penting, bila dalam bulan Ramadan ni, kita haruslah bersederhana dalam tindak-tanduk kita, pertuturan dan pandangan, dan salah satu yang harus bersederhana – jamuan sewaktu berbuka. Jadi, kalau nak ke Buffet Ramadan untuk berbuka puasa dengan keluarga tu boleh, tapi kita pilih tempat yang harganya berpatutan, makanannya cukup dan tidak membazir dan paling penting – SEDAP!

Nur Ramadan Buffet – UBE Banquet Hall, Nilai 3

Bertempat di Kawasan Perindustrian Nilai 3, tak susah pun nak cari UBE Banquet Hall Nilai 3 ni. Akak-akak, makcik-makcik yang biasa membeli belah di Nilai 3 ni (biasalah, syurga shopping Nilai 3 ni!) mesti dah biasa dengan Kawasan Perindustrian Nilai 3 ni kan?

Kalau akak-akak dan makcik-makcik datang kesini nutuk membeli belah barang hiasan rumah sempena Syawal nanti, haa lepas tu boleh lah bawak suami dan anak-anak ke sini pula untuk berbuka.

Yang bestnya, dah lah harganya murah je, makanannya pula sangat sedap. Bella sejenis kalau makan buffet, Bella suka makanan yang panas-panas. Jadi bila Bella cuba makanan kat UBE Banquet Hall Nilai 3 ni, memang puas hati dengan kualiti makanan yang ada – kuah-kuah sentiasa panas dan makanan lain seperti daging kambing bakar, fresh, lembut, dan dimasak bila kita minta je.

Mmm cedapnyeeee

Jap, nak tengok menu yang ada?

Nur Ramadan Buffet Menu, UBE Banquet Hall Nilai 3

Banyak kan menu yang ada? Percaya tak kalau Bella bagitau yang harganya SANGAT berpatutan walaupun lauk-pauk yang ada bermacam-macam? Untuk dewasa, Harga Promosi ialah RM45 seorang manakala kanak-kanak pula RM15 seorang. Haa best kan?

Buat masa sekarang, UBE Banquet Hall Nilai 3 ni tengah buat renovation dalam dewan besar mereka jadi meja untuk Ramadan Buffet mereka ni terhad. Cuma 15 meja untuk tetamu berjumlah 150 orang saja satu hari. Jadi, kalau ada perancangan nak ke Nilai 3 berbuka puasa dan nak berbuka puasa di UBE Banquet Hall, cepat-cepat buat tempahan meja tu ya!

Satu tarikan yang menarik untuk mama papa yang ada anak-anak kecil tu, di UBE Banquet Hall ni ada satu bilik khas untuk kanak-kanak yang dilengkapi dengan mainan, gelongsor dan sebagainya. Jadi mama papa tak perlu risau nak kena tengok-tengok anak sambil berbuka. Tinggalkan anak-anak korang kat bilik permainan tu dan korang boleh berbuka dengan tenang. Lagipun bilik tu dekat je jadi kalau nak jenguk-jenguk anak-anak tu tak leceh langsung.

Haa, tunggu apa lagi tu?

Bermula dari 10 Mei sehingga 1 Jun 2019, dari jam 6.30 petang hingga 10 malam, korang yang berpuasa tu boleh menikmati Masakan ala Kampung di Nur Ramadan Buffet, UBE Banquet Hall Nilai 3 dengan Harga Promosi yang cukup mengancam!

Bella menetap di Kajang tapi tak rasa jauh pun nak ke Nilai 3 tu, 30 minit je sebab Bella ikut highway LEKAS. Jadi bagi yang berhampiran (selain yang menetap di Nilai 3) pun boleh je nak berbuka di sini.

Akhir sekali, Bella ucapkan Selamat Berpuasa Saudara Saudari semua! Semoga ibadah kita diterima dan diberkati Allah swt.

UBE Banquet Hall Nilai 3
Lot 16660, Jalan Delima 1,
Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel: 06-794 1209 / 010-700 7728 / 010-700 7738

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.